comscore
Tumpuan :
Nasional

Air pasang penuh, penduduk Kota Tinggi diarah sedia berpindah malam ini

Anggota bomba menyelamatkan mangsa banjir yang juga pesakit kanser, Sri Wahyuni Ahmad, 55, di Kampung Laut Skudai Kecil, Skudai, Johor. – FOTO: NSTP

Oleh: Zahir Senapiah

KOTA TINGGI : Penduduk khususnya yang tinggal dipinggir sungai dibandar ini diarah siapsiaga berpindah sekiranya berlaku fenomena air pasang penuh bermula jam 8 malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata, fenomena air pasang penuh ditambah dengan hujan akan menyebabkan air masuk ke dalam kawasan bandar hingga kedalaman 2 meter.

Justeru orang ramai diminta segera berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa.

“Kita minta jasa baik penduduk agar membawa dokumen penting dan kelengkapan seperti ubat-ubatan untuk berpindah ke PPS yang telah ditetapkan supaya memudahkan usaha menyelamat” katanya.

Ujarnya, tindakan segelintir penduduk yang terkesan banjir enggan berpindah akan menyukarkan pasukan penyelamat tambahan pula pada waktu malam.

“Proses membawa mangsa ke PPS lebih mudah dan selamat sekiranya lebih awal dan mendapat kerjasama” tambahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Mohd Faiz Ramli, berkata pemantauan dilakukan anggota penyelamat sejak malam tadi berikutan hujan lebat.

“Dengan kekuatan 28 anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ulu Tiram dan Mount Austin, telah berjaya menyelamatkan 46 penduduk dari Batu 10 Sungai Tiram, Lorong Mak Piah, Kampung Paya dan Kampung Sungai Serai” tegasnya.

Loading...
Terkini