comscore
Tumpuan :
Hiburan

Air Supply pukau 4,800 peminat di Genting Highlands

Graham Russell (tengah) dan Russell Hitchcock dari Kumpulan Air Supply memukau penonton dengan lagu-lagu popular mereka menerusi konsert di Genting Highlands. – Foto: NSTP

GENTING HIGHLANDS: Konsert kumpulan ‘soft rock’ popular Australia memukau 4,800 peminat yang membanjiri Arena of Stars malam ini.

Kumpulan tersohor yang ditubuhkan pada 1975 itu mendendangkan 14 lagu klasik mereka antaranya Sweet Dreams, The One That You Love, Every Woman In The World, Even The Nights Are Better, Chances, Goodbye, I Can Wait Forever, Two Less Lonely People In The World, The One That You Love, Making Love Out Of Nothing At All and Lost in Love.

Apa yang pasti kombinasi  Graham Russell and Russell Hitchcock membuktikan mereka masih berkemampuan membawa peminat mengimbau kenangan lalu dengan  persembahan vokal mantap biar pun melampaui era gemilang mereka pada awal 70-an.

“Kami tidak pernah  mengambil mudah sesuatu perkara, kami terharu anda meluangkan masa bersama kami malam ini, ” kata Hitchcock sebelum mengalunkan lagu Here I  Am.

Russel, penyanyi dan penulis lirik dari Britain yang  juga pemain gitar dan Hitchcock selaku penyanyi utama,   berada di Malaysia dalam siri jelajah   ulang tahun ke-48 Lost In Love

Penonton nyata terhibur apabila Russell menyampaikan puisinya Am I dan persembahan gitar solo ketika dia menyanyikan lagu We Are All Children.

“Kami pernah ke sini, Ia sesuatu yang indah untuk berada sekali lagi di Malaysia, malam ini kami milik anda tetapi sebagai pulangannya anda milik kami,” kata Russel yang mendapat tepukan gemuruh penonton.

Konsert yang berlangsung dua jam itu dianjurkan oleh World Genting Resorts dan Air Supply dijadual meneruskan persembahannya di Hong Kong dan Taiwan sebelum berakhir tahun ini.

Loading...
Terkini