comscore
Tumpuan :
Nasional

Airbnb keluarkan Inap desa didakwa sembunyi kamera 

Airbnb melarang perbuatan memasang kamera tersembunyi dalam premis penginapan serta kecewa dengan insiden itu. – FOTO: Facebook

KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan Airbnb mengeluarkan akaun pengendali sebuah inap desa di Sabah sementara menunggu siasatan susulan dakwaan pelancong asing bahawa terdapat kamera tersembunyi yang dipasang dalam soket dinding di mana mereka menginap.

Pengurus Besar Airbnb India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan Amanpreet Bajaj dalam e-mel kepada Bernama berkata pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa apabila mendengar insiden seperti itu berlaku.

“Meskipun insiden membabitkan keselamatan jarang berlaku di premis Airbnb, kami mengambil serius laporan sebegini dan kami telah memberikan sokongan kepada tetamu kami,” katanya.

Amanpreet mengulas laporan Bernama Ahad lalu yang menyebut Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) memandang serius dakwaan pelancong asing bahawa terdapat kamera tersembunyi yang dipasang dalam soket dnding di sebuah inap desa di mana mereka menginap.

Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing berkata Kerajaan Negeri Sabah, MOTAC negeri dan agensi berkaitan telah diarah mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan itu yang didedahkan di platform media sosial Xiaohongshu, berpangkalan di Shanghai, pada 14 September lepas sebelum dikongsi portal berita tempatan. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini