comscore
Tumpuan :
Nasional

Ajaran sesat: Melenyapkan pemikiran pentaksub tidak mudah

FOTO: PDRM

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Unsur kesufian dalam amalan zikir yang tidak bersumberkan dalil yang sahih serta budaya mengagungkan pemimpin secara berlebihan sememangnya terdedah kepada kesesatan.

Selain itu, kumpulan yang menyeleweng ini juga sering membuat dakwaan tertentu yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad tanpa pembuktian yang sahih dan ciri-ciri ini ditemui hampir dalam kebanyakan ajaran sesat.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Al-Quran dan Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin, pegangan yang telah menjadi doktrin sekian lama sukar untuk untuk dilenyapkan dalam pemikiran pentaksub sesuatu aliran.

Pensyarah Kanan Jabatan Al-Quran dan Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin.

Katanya meskipun beberapa pemimpin mereka telah membuat pengakuan bertaubat tetapi para pengikut yang setia akan berusaha untuk meneruskan ajaran terbabit dengan jenama yang berbeza.

“Idea-idea ini telah pun wujud didalam beberapa aliran kesufian dan juga tarikat yang lain, yang membenarkan mengangkat guru itu, mengangkat ketua didalam kerohanian ini secara melampau dengan awal dia menabalkan dia sebagai wali kemudian fadhilat karamah tertentu”

Tambahnya, ada kumpulan yang menyokong idea terbabit namun ada juga kelompok lain yang berselindung di sebalik majlis zikir dan tarikat.

Ujar Dr Abu Hafiz, perkara utama yang perlu dilakukan untuk memurnikan semula akidah mereka yang disesatkan adalah dengan menggunakan sumber utama ajaran Islam iaitu Al-Quran dan Hadis.

“Kalau tanya kepada saya, fokus kepada AlQuran dan Sunnah Allah dan Rasul didalam agama namun adakah hal itu mudah? Hal itu tidak mudah mungkin pelbagai aliran berbeza akan memberikan persetujuan dan tidak bersetuju,” katanya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini