Tumpuan :
Nasional

Akaun bank pemimpin pembangkang, ahli keluarga dibeku LHDN

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilapor mengambil tindakan membekukan akaun bank milik seorang pemimpin pembangkang dan ahli keluarganya.

Memetik sumber yang tidak didedahkan, The Star menyatakan pembekuan akaun tersebut berlaku pada hari ini.

Tiada butiran lanjut mengenai perkara itu dan LHDN menjelaskan hanya pihak yang terlibat boleh mengesahkan pembekuan akaun berkenaan.

Walaupun tidak dinyatakan, tindakan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli politik berkenaan.

Loading...
Terkini