comscore
Tumpuan :
Nasional

Akaun ‘Sexual Grooming’: MCMC ada terima aduan – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ada menerima aduan mengenai kewujudan kumpulan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) di akaun media sosial.

Beliau berkata MCMC sedang bekerjasama dengan Meta dan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut.

“PDRM akan mengenal pasti jenis aktiviti yang sedang berlangsung dalam kumpulan tersebut, dan jika terdapat sebarang kesalahan, tindakan akan diambil. MCMC, selaku agensi teknikal, akan membantu dalam pemeliharaan data dan profil akaun berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Pengumuman Kolaboratif Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tentang kewujudan beberapa kumpulan di akaun media sosial yang menjurus kepada aktiviti pengantunan kanak-kanak. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini