comscore
Tumpuan :
Nasional

Akibat selisih faham, budak perempuan lari masuk hutan

Oleh Safwan Sawi

KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang, selepas didakwa masuk ke dalam hutan berhampiran rumahnya di Kampung Dudar, di sini hari ini.

Aliesah Aslan, 11 tahun dipercayai keluar dari rumah semalam selepas berlaku perselisihan faham dengan keluarganya.

Dia dikatakan pulang semula ke rumah pada jam 3.30 pagi tadi, namun melarikan diri semula ke dalam hutan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, 14 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke tempat kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Operasi SAR turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.54 pagi.

Loading...
Terkini