comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Akibat tidak puas hati, jurulatih, pemain kejar pengadil

Aksi separuh akhir perlawanan liga bola sepak anjuran Persatuan Bola Sepak Ipoh (PBI), di padang bola sepak Taman Dr Seenivasagam, pada Khamis dicemari insiden kekecohan. – Foto tular

IPOH: Dipercayai gara-gara tidak berpuas hati terhadap keputusan dalam satu perlawanan bola sepak, sekumpulan jurulatih dan pemain bertindak mengejar pengadil.

Kejadian berlaku di padang Taman D R Seenivasagam, di sini jam 6.55 petang Khamis lalu membabitkan aksi separuh akhir perlawanan liga bola sepak anjuran Pasukan Bola Sepak Ipoh (PBI).

Rakaman video berdurasi 49 saat memaparkan insiden kekecohan itu turut tular di media sosial semalam.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata setakat ini, tiada laporan polis diterima berhubung insiden itu.

Namun, semakan lanjut pihaknya mendapati kejadian dalam video berkenaan tercetus semasa perlawanan liga bola sepak anjuran Persatuan Bola Sepak Ipoh membabitkan dua pasukan atau kelab bola sepak tempatan dalam perlawanan separuh akhir.

Beliau berkata, dalam kejadian itu sekumpulan jurulatih dan pemain yang kalah dalam perlawanan bola sepak tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil lalu bertindak mengejar beberapa pengadil sebaik perlawanan selesai.

@buletintv3

Dipercayai gara-gara tidak berpuas hati terhadap keputusan dalam satu perlawanan bola sepak, sekumpulan jurulatih dan pemain bertindak mengejar pengadil. Kejadian berlaku di padang Taman D R Seenivasagam, di sini jam 6.55 petang Khamis lalu membabitkan aksi separuh akhir perlawanan liga bola sepak anjuran Pasukan Bola Sepak Ipoh (PBI). #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #Tular #pengadilkenakejar

♬ News, news, seriousness, tension(1077866) – Lyrebirds music

“Semakan polis mendapati tiada sebarang laporan polis diterima susulan kejadian. Semakan lajut mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6.55 petang semalam (Khamis) di padang bola sepak Taman Dr Seenivasagam.

“Bagaimanapun, tiada sebarang pergaduhan berlaku dalam kejadian itu serta tiada kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Susulan itu, polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan maklumat palsu mengenai rakaman video berkenaan sehingga mendatangkan kegusaran masyarakat.

Loading...
Terkini