comscore
Tumpuan :
Nasional

Aksi tebar roti canai tarik perhatian di Program Madani Rakyat

KUANTAN: Program Madani Rakyat Zon Timur yang berakhir di sini semalam, selain menyediakan pelbagai jualan dan pameran daripada pelbagai pihak, turut menyaksikan beberapa acara pertandingan untuk pengunjungnya.

Rakyat dari pantai timur terutama Kuantan dan sekitarnya tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian.

Antaranya ialah pertandingan menebar roti canai antara kampung yang mendapat sambutan hangat.

Pelbagai aksi lucu dapat disaksikan antara kalangan 10 peserta lelaki dan wanita.

Aksi menebar roti canai terbang oleh Mohd Fauzi Abdul Rahman dari Kuantan mendapat perhatian juri, apabila diisytiharkan sebagai juara.

Manakala naib juara disandang oleh Abdul Samad.

Selain itu, acara pertandingan membuat teh tarik berirama turut menjadi tumpuan pengunjung.

Program yang berlangsung sejak Jumaat lalu turut menyajikan pelbagai aktiviti lain seperti larian separuh marathon dan e-sukan.

Turut dipertandingkan ialah tulisan khat dan  memasak ikan patin yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Hampir 350,000 pengunjung bertandang ke program selama tiga hari ini yang menyaksikan transaksi jualan tunai sebanyak RM1.57 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini