comscore
Tumpuan :
Nasional

Al-Muizz Ditemui Selamat Di Kedah

Remaja yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah untuk menunaikan solat subuh di Masjid Al Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Cheras Ahad lalu, ditemukan selamat di Kedah.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar dalam satu kenyataan berkata bertindak atas maklumat orang awam, remaja berkenaan, Muhammad Al Muizz Almawardi, 16, ditemukan di Pokok Sena, Kedah.

“Muhammad Al Muizz dalam keadaan baik di rumah rakannya dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca remaja berkenaan boleh berada di tempat terbabit,” katanya.

Loading...
Terkini