comscore
Tumpuan :
Nasional

Al-Sultan Abdullah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Temerloh

Oleh Fazli Ahmad

TEMERLOH: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan pemimpin negeri.

Solat Sunat Aidilfitri dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah, Ahmad Hakim Shamsuddin, diikuti khutbah disampaikan Mufti Pahang, Prof. Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim.

Selesai solat, baginda berkenaan menyantuni jemaah.

Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang kemudian berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Lurah Semantan, Temerloh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini