comscore
Tumpuan :
Nasional

Alas periuk besi terlekat di leher bayi

Leher seorang bayi lelaki 14 bulan terlekat alas periuk besi dalam kejadian di Taman SPP Kota Warisan petang semalam. – FOTO Ihsan JBPM

TUMPAT: Seorang ibu dari Taman SPP Kota Warisan di sini, berdepan detik cemas apabila leher bayi lelakinya terlekat alas periuk besi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat menerima panggilan  jam 3 petang semalam untuk bantuan tugas khas itu.

Komander operasi, Mohd Nazdy Mohd Nor berkata, dia bersama empat anggota lain tiba di rumah mangsa dan bayi lelaki berusia 14 bulan itu sedang menangis.

“Di lehernya terlekat besi alas periuk dan gagal dicabut ibunya sebelum segera menghubungi bomba.

“Kami menggunakan alat pemotong khas dan hampir lapan minit masa diambil sebelum besi pengalas periuk itu berjaya dipotong,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Nazdy berkata, bayi lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan difahamkan ibu mangsa juga tidak tahu bagaimana peralatan dapur itu boleh terlekat di leher bayinya.

Loading...
Terkini