comscore
Tumpuan :
Nasional

Alif Satar terlibat nahas motosikal

Alif terbabit dalam kemalangan membabitkan motosikal yang ditunggang dengan kereta di Hartamas, berdekatan Istana Negara, hari ini. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Alif Satar terbabit dalam kemalangan di Hartamas, berdekatan Istana Negara, di sini, hari ini namun tidak mengalami kecederaan serius.

Pengurusnya, Dina berkata, kejadian berlaku ketika Alif yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat ke rumah keluarganya, di sini.

“Keadaan dia okay sahaja dan tak ada kecederaan serius. Alif kini masih dipantau di sebuah pusat perubatan.

Berita kemalangan Alif membabitkan motosikal ditungganginya dengan sebuah kereta dikongsikan pelakon dan usahawan, Wak Doyok di akaun X miliknya.

“Marilah kita doakan sahabat saya, Alif Satar. Sebentar tadi, dia kecelakaan motosikal di depan saya.

“Alhamdulillah, semua baik-baik sahaja,” tulisnya di X.

Loading...
Terkini