
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan petang ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi aplikasi X melaporkan aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (E1) bergerak perlahan ke arah selatan iaitu Sungai Petani (Utara) Sungai Petani (Selatan) dan Bertam ke Sungai Dua, Permatang Pauh ke Perai.
Selain itu, turut dilaporkan trafik bergerak perlahan ialah Juru Auto City ke Tol Juru, Terowong Meru ke Ipoh (U), Gopeng ke Bidor dan Lembah Beringin ke Sungai Buaya.
Di Lebuhraya Utara-Selatan (E2) trafik juga bergerak perlahan ke arah utara di Tangkak ke Kampung Bemban, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Seremban, Bandar Ainsdale ke Nilai dan selepas Tol Sungai Besi ke pusat bandar raya.
Arah selatan E2 pula membabitkan Ayer Keroh ke Jasin, Yong Peng (U) ke Ayer Hitam dan Simpang Renggam ke Sedenak.
Di Lebuhraya Kuala lumpur-Karak, trafik juga dilaporkan perlahan dari arah barat iaitu Karak ke Lentang, Bukit Tinggi ke Terowong Genting Sempah dan Genting Sempah (KM 27.4) ke Plaza Tol Gombak.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.