comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Aliran trafik di lebuh raya utama mulai meningkat

 

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan petang ini, berikutan cuti panjang menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada Sabtu ini.

Setakat 4 petang, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, di wilayah utara, trafik mula bergerak perlahan dari Perai menghala ke Juru.

“Sementara itu, menghala ke Pantai Timur, di Lebuhraya KL-Karak (KLK) bermula dari Gombak menghala ke Genting Sempah turut mengalami kesesakan,” katanya kepada Bernama.

Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya pula memaklumkan terdapat lori rosak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di Kilometer 1 arah selatan dari Shah Alam ke Seafield dengan lorong kanan terhalang.

Sementara itu, trafik juga perlahan selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini