comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Aliran trafik di Lebuhraya KL-Karak terkawal pagi ini, dijangka meningkat tengahari

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

GOMBAK: Aliran trafik di Lebuhraya KL-Karak pagi ini dilihat terkawal dengan jumlah kenderaan sederhana memasuki Plaza Tol Gombak.

Tinjauan wartawan Buletin TV3 kira-kira jam 8 pagi tadi mendapati aliran trafik hanya sedikit sesak bermula di kawasan Sri Gombak menuju ke lebuhraya pantai timur itu.

Dijangka, aliran trafik akan mulai meningkat tengahari ini, susulan orang ramai memanfaatkan cuti perayaan Aidilfitri yang bermula hari ini.

Dalam pada itu, Polis menjangkakan sebanyak 75,000 kenderaan menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) terutama pada waktu puncak sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, jumlah itu sekaligus meningkat kepada lima kali ganda berbanding pada kadar hari biasa sebanyak 15,000 kenderaan.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan pengguna yang menggunakan LPT2 susulan penutupan dan lencongan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis.

Pengguna supaya mematuhi dan mengikuti perkembangan semasa berhubung aliran lalulintas daripada pihak berkuasa

Loading...
Terkini