comscore
Tumpuan :
Nasional

Aliran trafik hala utara sesak teruk

BUTTERWORTH: Pertambahan kenderaan luar dari kebiasaan menjadikan aliran trafik menghala utara terutamanya Pulau Pinang dilaporkan sesak teruk pada ketika ini.

Berdasarkan beberapa perkongsian di media sosial, kesesakan itu sudah diduga memandangkan orang ramai mengambil kesempatan bercuti di Pulau Mutiara, disamping menghabiskan cuti sempena sambutan Hari Malaysia serta Maulidur Rasul termasuk cuti sekolah.

Seorang pekerja swasta yang mahu dikenali sebagai Sasha, 34, berkata dia yang ingin pulang ke kampung dari kediamannya di Selangor ke Pulau Pinang terpaksa menempuh kesesakan meskipun bertolak sekitar jam 11 malam tadi.

“Bayangkanlah saya dan suami bertolak sekitar jam 11 malam dan tiba di rumah ibu bapa saya hampir jam 9 pagi tadi yang ini pertama kali saya tempuh kesesakan luar biasa seperti ini.

“Kebetulan cuti sekolah termasuk cuti Hari Malaysia dan Maulidur Rasul maka peluang ini diambil untuk membawa keluarga bercuti dan menghadiri pelbagai majlis,” katanya.

Pengguna media sosial memuatnaik beberapa gambar memaparkan kesesakan yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Utara pada ketika ini. – Foto tular

Terdahulu tular insiden memaparkan kesesakan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang apabila kenderaan dilaporkan beratur hampir dua jam untuk memasuki kawasan pulau.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial meluahkan dia lega mengambil keputusan pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan tren elektrik (ETS).

“Pada mulanya fikir nak memandu tetapi sebab cuti ini sekejap sahaja jadi saya tempah tiket ETS sejak dua bulan lalu.

“Maka lega tak perlu tempuh kesesakan dan sampai tepat pada masanya,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini