comscore
Tumpuan :
Nasional

Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Setakat jam 8 pagi tadi, aliran trafik di beberapa lebuh raya utama didapati lancar dan terkawal.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik lancar di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur).

“Bagaimanapun kita menjangka pertambahan jumlah kenderaan hari ini ekoran pengguna pulang ke kampung di saat akhir,” katanya.

Menurutnya, aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) juga dilaporkan lancar.

Dalam pada itu akaun rasmi Twitter PLUS Trafik memaklumkan pengaktifan ‘Smartlane’ di beberapa tempat, bagi melancarkan aliran trafik.

Pengaktifan itu antaranya melibatkan Kilometer (KM) 4.5 hingga KM1.9 arah selatan di antara Setia Tropika ke Pasir Gudang, KM0.4 hingga KM6 arah utara antara Pandan ke Kempas dan di kedua-dua arah melibatkan KM19 hingga KM27 di antara Senai dan Kulai. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini