comscore
Tumpuan :
Nasional

Aliran trafik Seremban ke Nilai utara sesak

Aliran trafik sesak laluan Nilai KM 283.6 NB / Foto LLM Info Trafik

NILAI: Aliran trafik Seremban ke Nilai semakin sesak sekitar jam 8.30 malam tadi berikutan terdapat kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan.

Menurut laporan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia di laman twitter LLM Info Trafik, kemalangan berlaku di laluan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Seremban ke Nilai Utara (KM 284.0 NB) dan menyebabkan lorong kanan terhalang.

Selain itu juga pertambahan kenderaan turut berlaku di laluan arah utara Pandan ke Pasir Gudang, Senai ke Kulai.

Loading...
Terkini