comscore
Tumpuan :
Nasional

Amang seksual anak kandung, tukang urut mengaku tidak bersalah

MUAR: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya yang berusia 12 tahun, pada Mac lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai tukang urut, berusia 56 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya berusia 12 tahun pada jam 10 pagi, Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan dalam hujahnya memohon mahkamah supaya tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh kerana kesalahan dilakukan adalah serius.

“Bagaimanapun, terpulang kepada budi bicara mahkamah untuk membenarkan ikat jamin. Jika dibenarkan, saya memohon mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin,” hujahnya.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Januari ini sebutan semula kes, serahan dokumen serta lantikan peguam tertuduh.

Mahkamah juga menetapkan dua syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran serta tidak boleh mengganggu mangsa atau keluarga serta saksi pendakwaan sehingga kes ini selesai.

Kejadian menimpa mangsa terbongkar apabila salah seorang guru menemuinya kerana dia kelihatan murung serta kerap tidak hadir ke sekolah.

Guru terbabit kemudian memanggil ibu mangsa untuk datang ke sekolah sebelum menceritakan kejadian sebenar.

Satu laporan polis dibuat telah ibu mangsa pada 13 September sebelum tertuduh ditahan pada hari sama.

Loading...
Terkini