comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran Cuaca Buruk Di Empat Negeri Hingga Malam Ini

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, empat negeri yang dijangka berdepan cuaca buruk itu ialah Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Negeri Sembilan membabitkan kawasan di Kuala Pilah dan Jempol; Johor di Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang, manakala Sarawak pula di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Limbang.

“Di Sabah ia membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar),” katanya.

Menurut kenyataan itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Loading...
Terkini