comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran cuaca panas tahap satu di tiga daerah di Kedah 

Foto: METMalaysia/ X

 

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga di tiga kawasan di Kedah.

METMalaysia dalam satu hantaran, memaklumkan tiga kawasan terbabit adalah Pokok Sena, Pendang dan Baling.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.

Amaran cuaca panas tahap satu itu juga berlaku sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Setakat jam 4.30 petang tadi, negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak mencatatkan suhu maksimum harian, iaitu kurang 35 darjah Celsius.

Foto: METMalaysia/ X
Loading...
Terkini