comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah hingga isnin

PETALING JAYA:  Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, hari ini dan esok.

Kawasan terjejas di Kedah termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.

Foto hiasan

Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia berkata angin baratan dijangka bertiup kencang dan menumpu di kawasan utara Semenanjung dalam tempoh sehingga esok.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang, di negeri-negeri utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri-negeri berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi  mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini