comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya sehingga esok di Johor, Sabah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah sehingga esok.

Menurut kenyataan dikeluarkan jam 6 petang tadi, daerah terbabit di Johor ialah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala di Sabah membabitkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

Dalam tempoh sama, MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berterusan tahap buruk di Pekan dan Rompin, Pahang; Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian di Johor serta Negeri Sembilan dan Melaka.

Cuaca sama juga dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) di Sarawak, selain Sabah membabitkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu).

Bagi amaran hujan berterusan tahap waspada, agensi berkenaan meramalkan ia membabitkan Maran, Kuantan dan Bera di Pahang; Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak, selain Tongod di Sabah.

MetMalaysia juga menjangkakan angin kencang 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh berkenaan.

Loading...
Terkini