comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat di 11 negeri sehingga 8 malam ini

FOTO: METMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang di seluruh Melaka selain beberapa daerah di sepuluh negeri lain sehingga jam 8 malam ini.

Agensi itu dalam hantaran di Facebook memaklumkan amaran cuaca di Kedah dikeluarkan bagi daerah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang membabitkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Amaran cuaca di Perak dikeluarkan bagi kawasan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang);Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Kuantan); dan Hulu Langat di Selangor.

“Di Negeri Sembilan pula, amaran cuaca itu dikeluarkan bagi daerah Jelebu, manakala Johor membabitkan Segamat, Kulai dan Johor Bahru.

“Amaran sama dikeluarkan di Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan dan Limbang di Sarawak selain kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) di Sabah,” katanya.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini