Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat di 8 negeri sehingga 9 malam

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang diramal membadai lapan negeri sehingga jam 9 malam ini.

Selain seluruh Pulau Pinang, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran memaklumkan,cuaca itu dijangka membadai Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Di Perak katanya, cuaca itu diramal berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar manakala Kelantan membabitkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Di Terengganu pula, cuaca sama dijangka di kawasan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan dan Pekan,” katanya.

METMalaysia berkata, amaran cuaca sama turut dikeluarkan bagi Sarawak membabitkan kawasan Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) dan Miri (Telang Usan).

“Di Sabah, hujan lebat diramal membadaikawasan pedalaman iaitu Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan selain Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini