comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat di beberapa daerah di Sarawak sehingga 10 malam ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal membadai beberapa kawasan di Sarawak sehingga jam 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran memaklumkan cuaca itu di Sarawak diramal di kawasan Kuching, Bau, Serian, Samarahan dan Betong.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini