comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat di ibu kota dan kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Selain ibu kota, agensi itu dalam hantaran di Facebook berkata amaran dikeluarkan bagi Kedah membabitkan kawasan Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Perak (daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Turut menerima amaran sama, Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang).

Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun).

Pahang (kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera serta Rompin)

Di Selangor, antara kawasan menerima amaran cuaca itu termasuk Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).

Melaka (Jasin) dan Johor (Segamat, Kluang dan Mersing).

Katanya lagi, amaran hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang turut dikeluarkan bagi daerah Kapit (Belaga), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Di Sabah, amaran cuaca itu dikeluarkan bagi kawasan pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini