comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat di ibu kota, Putrajaya hingga 10 malam

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu kota dan Putrajaya sehingga jam 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, cuaca sama dijangka melanda seluruh Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Selangor dan Johor.

Katanya di, ramalan cuaca itu di Kedah dijangka di Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan dan Pekan); Selangor (Petaling dan Sepang) selain Muar dan Batu Pahat di Johor.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini