comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat di ibu kota, Putrajaya, sembilan negeri petang ini

 

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang di sembilan negeri termasuk seluruh Selangor, Perak dan Melaka sehingga 7 malam ini.

Selain ibu kota dan Putrajaya, agensi itu dalam hantaran di Facebook berkata amaran cuaca itu dikeluarkan bagi Kedah membabitkan kawasan Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Di Negeri Sembilan, katanya, ia membabitkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Amaran sama dikeluarkan bagi Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song).

“Di Sabah pula membabitkan pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” katanya.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini