comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat di KL, sembilan negeri sehingga jam 7 malam

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang di ibu kota selain beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga jam 7 malam ini.

METMalaysia memaklumkan, antara kawasan yang terjejas dengan cuaca itu termasuk beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Di Kedah, katanya ia membabitkan kawasan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan);Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); serta Pahang (Bentong, Temerloh dan Bera).

“Di Selangor, cuaca itu diramal di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat; Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) manakala Johor membabitkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Di Sarawak pula, amaran sama dikeluarkan bagi Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman dan Betong (Pusa, Betong dan Kabong) manakala Sabah membabitkan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini