comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat di lapan negeri sehingga malam ini

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal membadai lapan negeri sehingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, cuaca itu diramal di Baling, Kedah; Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak di Perak; Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) selain Hulu Terengganu di Terengganu.

Katanya, di Pahang, cuaca sama diramal membadai kawasan Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

“Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut diramal melanda beberapa kawasan di Sarawak termasuk Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah membabitkan Pedalaman (Tenom, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat, Sandakan (Telupid) dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya menurut hantaran itu

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini