comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga jam 7 malam ini

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal membadai kebanyakan kawasan di Semenanjung sehingga jam 7 malam ini.

Selain seluruh Perlis, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan cuaca itu diramal di Kedah membabitkan kawasan Yan, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah);

Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh).

“Selain itu, cuaca sama diramal berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin); Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang turut diramal membadai Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) di Sabah.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya menurut hantaran itu.

Susulan itu, orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini