comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat, ribut petir di 8 negeri sehingga jam 9 malam ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang di lapan negeri sehingga jam 9 malam ini.

Selain seluruh Perlis dan Melaka, agensi itu dalam hantaran di Facebook memaklumkan, turut mengeluarkan amaran cuaca terbabit di Kelantan membabitkan kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang selain Bentong dan Temerloh di Pahang.

Di Selangor, katanya amaran itu dikeluarkan bagi daerah Hulu Langat; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau); serta Tangkak dan Muar di Johor.

“Amaran itu di Sarawak dikeluarkan bagi Kuching (Bau dan Kuching), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Sibu dan Selangau) dan Miri (Telang Usan dan Marudi).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu.

Susulan itu, orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini