comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di Empat Negeri Pagi Ini

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 10 pagi ini.

METMalaysia menerusi kenyataan di Facebook dipetik berkata negeri dijangka berdepan cuaca buruk ialah Perlis, Kedah, Perak dan Sabah.

Di Kedah, membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Pedang. Di Perak ialah Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar manakala di Sabah membabitkan Tawau.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Loading...
Terkini