comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan lebat tahap bahaya di 6 negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah hingga Rabu ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah hingga Rabu ini.

Menurut kenyataan agensi itu yang dikeluarkan jam 1 tengah hari ini, daerah yang terbabit di Johor ialah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, daerah yang terbabit ialah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berterusan tahap buruk hingga Rabu di Pahang (Pekan dan Rompin); Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian); Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) di Sarawak serta Pedalaman Sabah (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu).

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Rabu juga turut dikeluarkan membabitkan Pahang (Maran, Kuantan dan Bera); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Melaka; Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak serta di Sabah, kawasan yang terbabit ialah Sandakan (Tongod).

Loading...
Terkini