comscore
Tumpuan :
Bencana

[VIDEO] Amaran hujan sangat lebat tahap bahaya di empat daerah di Johor, Pahang

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Rompin, Pahang dan Segamat, Kluang serta Mersing di Johor hingga esok.

Hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Pekan, Pahang; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.

Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Maran, Kuantan dan Bera, Pahang, diikuti Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan dan Melaka juga hingga esok.

Selain itu, MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku sepanjang hari ini di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Sarawak. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini