comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran ribut petir, angin kencang di beberapa negeri hingga 4 petang ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di beberapa negeri sehingga jam 4 petang hari ini.

Amaran yang dikeluarkan pada jam 1.10 tengah hari itu memaklumkan kawasan terlibat  ialah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu,Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) serta Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu juga dijangka berlaku di negeri-negeri Pantai Timur di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu( Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Bera).

Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di pedalaman Sabah (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Pitas dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan serta di Miri, Sarawak.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini