comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran ribut petir di 6 negeri, Wilayah Persekutuan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 1 tengah hari ini.

METMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 9.45 pagi tadi memaklumkan negeri terbabit ialah Kedah meliputi Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera).

Selain itu, amaran itu juga dikeluarkan untuk kawasan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

Di Negeri Sembilan pula, amaran meliputi Jelebu, Seremban dan Jempol serta Sabah di kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Kunak), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – BERNAMA

Loading...
Terkini