comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran ribut petir di semenanjung dijangka berterusan hingga 4 petang – METMalaysia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, yang dijangka berterusan sehingga jam 4 petang hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang meliputi negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan sebahagian besar kawasan di Perak, antaranya Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

 

Selain itu, kawasan yang terjejas termasuk beberapa daerah di Selangor seperti Sabak Bernam Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, serta negeri Johor.

Amaran yang dikeluarkan pada tengah hari tadi memaklumkan cuaca buruk dijangka berlaku disebabkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam, yang mungkin berlarutan selama lebih sejam.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau keadaan cuaca serta mengikuti sebarang perkembangan lanjut daripada MetMalaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini