KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Kedah, Perak, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sehingga jam 6 petang hari ini.
Kawasan terjejas termasuk Sik dan Baling di Kedah, Larut, Matang dan Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak serta Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Sepang di Selangor.
Di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Bintulu dan Limbang.
Sabah pula melibatkan pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan.
Amaran dikeluarkan pada jam 2:55 petang tadi dengan jangkaan hujan lebat melebihi 20 mm sejam selama lebih sejam.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.