Tumpuan :
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri sehingga awal pagi ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak malam ini hingga 2 pagi, esok.

MetMalaysia berkata, ia akan membabitkan Perak iaitu Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim selain di Tanah Tinggi Cameron, Pahang.

“Cuaca sama dijangka berlaku di Selangor membabitkan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang serta Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson dan Rembau serta Melaka.

“Selain itu Johor (Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru) dan Sarawak: Mukah (Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang serta Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) juga dijangka berdepan cuaca sama,” katanya.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu keluaran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini