comscore
Tumpuan :
Nasional

Ambil duit BERSATU dakwaan terpelik di dunia – Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran PAS Kelantan, di Kota Bharu, hari ini. Foto NSTP

KOTA BHARU: Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan dakwaan mengatakan beliau antara pemimpin PAS yang mengambil duit BERSATU sebagaimana tular di TikTok, sejak malam tadi.

Sambil menyifatkan dakwaan itu adalah terpelik di dunia, Timbalan Presiden PAS itu turut memaklumkan perkara terbabit tiada dalam pengetahuannya.

“Saya tidak tahu berhubung dakwaan ini… Saya ambil duit BERSATU? Ini adalah dakwaan terpelik di dunia.”

“Setakat ini saya tidak terima maklumat berhubung perkara ini. Saya akan tengok dulu dakwaan ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran PAS Kelantan, di sini, hari ini.

Semalam tukar rakaman perbualan suara di aplikasi TikTok yang mendakwa Tuan Ibrahim menjadi individu pertama dari PAS mengambil wang milik BERSATU selain Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Individu yang membuat dakwaan terhadap Tuan Ibrahim itu didakwa adik kepada Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurusi rakaman itu, lelaki berkenaan mendakwa dia sebagai saksi empat mata yang melihat kejadian berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini