Tumpuan :
Dunia Seni

Ameerais berusaha bebas dari bayang Forteen, sertai OIAM demi bina identiti sendiri

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Mohamad Arif Ameerais Azhar atau lebih dikenali Amerais menyertai uji bakat Calpis Soda One In A Million untuk memperkenalkan nama solonya sebagai penyanyi dengan lebih luas.

Beliau yang sinonim dengan kumpulan Forteen ingin menggunakan platform itu untuk mengetengahkan identitinya yang berbeza ketika bergerak solo berbanding dalam kumpulan.

Walaupun ramai yang mengenali Forteen, namun masih ramai yang belum benar-benar mengenal Ameerais.

Ia ditambah dengan sokongan padu daripada peminat setia yang sentiasa mengikuti penstriman langsungnya di TikTok dan mempercayai bakat serta potensinya.

Sebagai sebahagian daripada strateginya, Ameerais bertekad untuk kekal menjadi diri sendiri, selain keaslian dalam persembahan.

Dengan keyakinan dan usaha yang konsisten, beliau berharap dapat membawa sesuatu yang istimewa untuk peminat dan juri.

Juri turut memuji Ameerais dengan mempunyai keunikan suara dan ekspresi baik, yang boleh menjadi kekuatan jika diasah.

Namun Ameerais perlu memberi perhatian lebih pada intonasi untuk memastikan penyampaian lagu lebih mantap.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini