comscore
Tumpuan :
Jenayah

Anak derhaka dihukum 2 tahun penjara

MELAKA: Padah mengugut ibu kandung dengan pisau, seorang nelayan menerima balasan apabila dipenjara dua tahun.

Tertuduh Wira Md. Aris 41 tahun mengaku salah.

Hukuman diputuskan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Majistret Mazana Sinin.

Tertuduh kerap menundukkan muka sebaik diiringi polis keluar bagi dibawa ke penjara.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dijalankan bermula dari tarikh tangkapan pada 18 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati bersalah melakukan ugutan jenayah dengan menggunakan sebilah pisau dalam keadaan marah bagi menakutkan ibunya, Ara Sembok, 66 tahun bagi tujuan meminta wang.

Kesalahan itu dilakukan di ruang dapur sebuah rumah di Bertam Malim, Melaka pada jam 5 petang, 22 September 2022.

Loading...
Terkini