comscore
Tumpuan :
Nasional

Anak ditahan, MB Perlis serah kepada SPRM untuk siasat

KANGAR: Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli mengesahkan penahanan anaknya dan menyerahkan kepada SPRM berhubung siasatan kes tuntutan palsu itu.

“Berita dari SPRM saya menyerahkan kepada budi bicara SPRM sepenuhnya (dalam siasatan ini), terima kasih..saya tiada gundah gulana, esok saya jawab dalam dewan, itu sahaja setakat ini,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis ke-15 di Kompleks DUN Perlis, di sini hari ini.

Terdahulu, SPRM menahan reman enam orang termasuk anak lelaki seorang menteri besar bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu.

Selain itu, turut ditahan dua penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala selebihnya adalah kontraktor syarikat.

Kesemua suspek yang berusia 26 hingga 37 tahun ditahan oleh SPRM antara pukul 7 hingga 8 pagi semalam (Selasa) di sekitar Perlis.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan perintah reman terhadap kesemua suspek bermula hari ini sehingga esok bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini