comscore
Tumpuan :
Nasional

Anak kapal Malaysia selamat dalam insiden kapal karam di Vietnam

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Seorang anak kapal warga tempatan yang terlibat dalam insiden kapal dagang milik Malaysia di Vietnam semalam dilaporkan selamat.

 

Perkara itu disahkan Wisma Putra melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City, Vietnam dalam kenyataan hari ini.

“Warga Malaysia tersebut dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan telah diberikan rawatan lanjut oleh pihak berkuasa Pulau Con Dao,” menurut kenyataan itu.

Jelasnya, Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut dan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya.

Semalam, kapal dagang milik Malaysia iaitu SAMUDRA INDAH II dilaporkan karam di kawasan perairan Pulau Con Dao iaitu 90 batu nautika dari bandar Vung Tau, wilayah Ba Ria-Vung Tau (BRVT).

Mengulas lanjut, Wisma Putra meminta rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular untuk berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City yang beralamat di No.109 Nguyen Van Huong Thao Dien Ward, Thu Duc City Ho Chi Minh City.

Mereka juga boleh menghubungi di talian +84 (0) 28-3829 9023 atau +84 (0) 76 564 9660 (untuk kecemasan) atau e-mel di [email protected].

“Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini