comscore
Tumpuan :
Nasional

Anak Ketua Menteri Sabah nafi terlibat kegiatan dadah

Anak Ketua Menteri Sabah, Mohd Reza Hajiji (lima dari kanan) ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran petang tadi.- Foto: NSTP

TUARAN: Anak Ketua Menteri Sabah, Mohd Reza Hajiji menafikan terlibat dengan kegiatan dadah terbesar di negeri ini dan menjadi buruan polis.

Beliau ditemui selepas hadir membuat laporan polis susulan tersebarnya laporan mengaitkan dirinya dengan kegiatan dadah itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran petang tadi.

Mohd Reza dalam laporan polis itu menafikan tuduhan mengaitkan dirinya adalah antara individu yang menjadi buruan polis kerana terlibat dengan kegiatan dadah.

Menurut beliau, tuduhan dan fitnah yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp mengaitkan beliau dengan kegiatan itu sama sekali tidak benar dan bertujuan memburukkan namanya.

“Semua dakwaan terhadap saya yang mengaitkan dengan kegiatan dadah adalah tidak berasas serta menjejaskan reputasi dan nama baik diri serta keluarga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) mengesan dalang yang menyebarkan tuduhan tidak berasas itu.

Sebelum ini, tular satu rantaian mesej mendakwa anak sulung Ketua Menteri Sabah itu turut terlibat dalam kartel dadah di Sabah yang baru-baru ini ditahan dan disiasat polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan berkata polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini yang aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak 2015.

Loading...
Terkini