comscore
Tumpuan :
Nasional

Anak mangsa tragedi Elmina ceria dapat jumpa Nana sempena ulang tahun kelahiran

Siti Nordiana penuhi hadir bagi memenuhi permintaan adik Izzara sambil meraikan ulang tahun kelahiran di kediamannya di BBST Sepang. – FOTO : Ihsan pembaca

PUTRAJAYA : “Saya gembira melihat Izzara ceria selepas dua minggu pemergian ayahnya kerana beliau sangat rapat dan manja dengan arwah,”

Itu kata Suriana Muda, 43 isteri kepada pemandu Grab, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53, yang maut dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam 17 Ogos lalu.

Suriana berkata demikian apabila menerima kunjungan penyanyi, Siti Nordiana Alias atau Nana yang memenuhi permintaan anaknya, Nur Izzara Arissya, 9, sempena sambutan ulang tahun kelahiran kanak-kanak itu.

Turut hadir dalam pertemuan itu pelawak, Nabil Ahmad dan seorang penyampai radio tempatan, Haniff Hamzah.

Menurut Suriana, 27 Ogos lalu adalah ulang tahun kelahiran kesembilan anak bongsunya.

Katanya, Izzara teruja apabila Nana menghubungi mereka dan memaklumkan akan hadir untuk meraikan ulang tahun kelahiran anaknya itu.

“Saya tak sangka hasrat anak dipenuhi. Kehadiran mereka bertiga (Nana, Nabil dan Haniff) untuk meraikan sambutan hari jadi anak saya amat bermakna ketika Izzara masih lagi bersedih”, katanya.

Kehadiran Siti Nordiana ke rumah keluarga itu turut dikongsi di media sosial.

Dalam pertemuan itu Siti Nordiana sempat menyanyikan lagu ‘Memori Berkasih’ dan disambut oleh adik Izzara.

Loading...
Terkini