comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Anggota penguat kuasa ditahan, terima rasuah RM3,000

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Kuala Lumpur telah menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 sebagai balasan untuk melepaskan barangan milik warga Bangladesh.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40an bersama rakannya yang dipercayai masih bebas telah menahan seorang warga Bangladesh atas kesalahan permit kerja tamat tempoh pada Jun lalu di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata, suspek kemudian meminta warga Bangladesh itu menyerahkan wang tunai berjumlah kira-kira RM3,000 sebagai balasan untuk melepaskan dua telefon bimbit dan barangan kemas milik warga asing tersebut.

“Suspek dipercayai ditahan kira-kira jam 5 petang tadi ketika hadir untuk mendapatkan wang daripada warga Bangladesh terbabit,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok bagi tujuan permohonan reman.

Loading...
Terkini